Maksud:
Sesuatu Wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan yang khusus menurut Hukum Syarak
- Prosedur Wakaf Khas
- Syarat-syarat Permohonan
- Tempoh Kebenaran Membuat Kutipan Wakaf Khas
- Pengeluaran dan Tuntutan Dana Wakaf Khas
- Penutupan Akaun Wakaf Khas
- Prosedur Pembukaan Akaun Wakaf Khas merupakan kaedah untuk mengutip dana wakaf yang diberikan kebenaran dari pihak Wakaf Pulau Pinang bagi pembangunan dan pembinaan masjid, surau, pusat pendidikan dan kesihatan.
- Pihak yang telah diluluskan permohonannya untuk menggunakan prosedur wakaf khas ini akan dibekalkan dengan buku resit untuk membuat kutipan Wakaf Kgas bagi projek yang telah dinyatakan dan yang telah diluluskan.
- Keistimewaan penggunaan prosedur wakaf khas ini adalah pewakaf akan mendapat pengecualian cukai sebanyak 7% bagi individu dan 10% bagi syarikat.
- Pihak yang membuat permohonan hendaklah memastikan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan tapak dan tanah bagi pembangunan telah selesai;
- Menyediakan surat permohonan menggunakan prosedur kutipan wakaf khas;
- Menyediakan kertas kerja yang lengkap;
- Pihak yang telah diluluskan permohonannya diberi tempoh masa mengikut kelulusan pembinaan projek wakaf khas; dan
- Tempoh kutipan boleh disambung melalui permohonan yang dikeluarkan dari pihak yang membuat kutipan.
- Tuntutan pengeluaran dana wakaf adalah dari pihak kontraktor; dan
- Tuntutan adalah mengikut perkembangan projek.
- Pihak yang membuat kutipan hendaklah membuat permohonan penutupan akaun wakaf khas dan pengeluaran baki terakhir dana wakaf tersebut kepada WPPSB; dan
- Baki dana hendaklah digunakan hanya untuk binaan aset kekal sahaja setelah mendapat khidmat nasihat dari pihak WPSSB.