Wakaf Barang Kemas

Objektif

  • Mempelbagaikan cara dan kaedah untuk masyarakat umum turut berwakaf;
  • Menggalakkan masyarakat untuk berwakaf dengan aset yang disimpan seperti barang kemas, kepingan emas dan lain-lain; dan
  • Menambah nilai harta wakaf untuk pembangunan ummah bersama.

Kumpulan Sasaran

  • Golongan wanita; dan
  • Penyimpan / pemegang dan pelabur barang

Prosedur Penyertaan

  • Setiap pewakaf yang berminat untuk membuat wakaf barang kemas perlu mengisi borang wakaf barang kemas
  • Pihak WPPSB akan mencairkan wakaf barang kemas tersebut kepada wakaf tunai.
  • Pewakaf akan dimaklumkan nilai emas yang telah diwakafkan dan resit akan dikeluarkan.
  • Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil atau mana-mana individu yang telah meninggal dunia mahupun yang masih hidup