Ahli Lembaga Pengarah Wakaf Pulau Pinang
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditubuhkan menurut kuasa Seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959 (Pindaan 2004) bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam. Pentadbiran wakaf sebelum wujudnya MAINPP ditadbir oleh Hindu And Muslim Endowment Board 1901 manakala MAINPP hanya mewujudkan bahagian-bahagian secara khusus bagi mengawal selia hal ehwal pentadbiran pada akhir tahun 80-an.
Di bawah struktur organisasi MAINPP, unit wakaf berada setaraf dengan unit pentadbiran dan kewangan, sumber am, undang-undang, pembangunan, pelaburan dan akaun. Manakala struktur dalaman unit wakaf hanya terdiri daripada ketua bahagian wakaf yang mengurus wakaf secara keseluruhan, dibantu penolong tadbir pengurusan tanah, asset dan hal ehwal ekonomi. Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) telah menubuhkan anak syarikatnya iaitu Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. bagi menguruskan hartanah Wakaf di bawah pentadbiran MAINPP.

Pengerusi

YB. DATO’ IR HAJI AHMAD ZAKIYUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

YBHG. DATO’ SERI DR HJ WAN SALIM BIN WAN MOHD NOOR
Mufti Negeri Pulau Pinang

YBHG. DATO’ HAJI SAMSUDDIN BIN BAKAR
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

YBHG. DATO’ HAJI MAKTAR BIN HJ SHAPEE
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

YBHG. DATO’ AMRAN BIN HAZALI
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang

YBHG DATO’ ZULKIEFLIY BIN SAAD
Aktivis Masyarakat

YBHG. EN. YUSRI BIN ISAHAK
Ahli Perniagaan & Aktivis Masyarakat

YBHG. PUAN NURHIDAYAH BINTI CHE
ROSE Aktivis Masyarakat