Maksud: Sesuatu Wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan yang khusus menurut Hukum Syarak
Prosedur Wakaf Khas
Syarat-syarat Permohonan
Tempoh Kebenaran Membuat Kutipan Wakaf Khas
Pengeluaran dan Tuntutan Dana Wakaf Khas
Penutupan Akaun Wakaf Khas
Prosedur Pembukaan Akaun Wakaf Khas merupakan kaedah untuk mengutip dana wakaf yang diberikan kebenaran dari pihak Wakaf Pulau Pinang bagi pembangunan dan pembinaan masjid, surau, pusat pendidikan dan kesihatan.
Pihak yang telah diluluskan permohonannya untuk menggunakan prosedur wakaf khas ini akan dibekalkan dengan buku resit untuk membuat kutipan Wakaf Kgas bagi projek yang telah dinyatakan dan yang telah diluluskan.
Keistimewaan penggunaan prosedur wakaf khas ini adalah pewakaf akan mendapat pengecualian cukai sebanyak 7% bagi individu dan 10% bagi syarikat.
Pihak yang membuat permohonan hendaklah memastikan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan tapak dan tanah bagi pembangunan telah selesai;
Menyediakan surat permohonan menggunakan prosedur kutipan wakaf khas;
Menyediakan kertas kerja yang lengkap;
Pihak yang telah diluluskan permohonannya diberi tempoh masa mengikut kelulusan pembinaan projek wakaf khas; dan
Tempoh kutipan boleh disambung melalui permohonan yang dikeluarkan dari pihak yang membuat kutipan.
Tuntutan pengeluaran dana wakaf adalah dari pihak kontraktor; dan
Tuntutan adalah mengikut perkembangan projek.
Pihak yang membuat kutipan hendaklah membuat permohonan penutupan akaun wakaf khas dan pengeluaran baki terakhir dana wakaf tersebut kepada WPPSB; dan
Baki dana hendaklah digunakan hanya untuk binaan aset kekal sahaja setelah mendapat khidmat nasihat dari pihak WPSSB.