
Wakaf MAINPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
YAB Perdana Menteri dan
YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, atas kepimpinan dan kebijaksanaan membawa gagasan agenda pembangunan Islam berasaskan nilai MADANI demi manfaat ummah.
Dalam majlis tersebut turut berlangsung Pertukaran Dokumen Terma Utama Kerjasama Pembangunan Rumah Persaraan Mandiri Warga Emas yang disaksikan oleh YAB Perdana Menteri dan YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Usaha YB TKM1 Pulau Pinang dalam menjayakan projek ini begitu signifikan dengan mempengerusikan tiga siri rundingan strategik bersama KWAP dan anak syarikatnya KWEST termasuk mengetuai lawatan di tapak. Alhamdulillah, dalam pengumuman Bajet 2026 oleh PMX, RM35 juta dari keseluruhan RM300 juta dana KWAP telah diperuntukkan bagi pelaksanaan pembangunan ini.
KWAP dan KWEST akan menjadi rakan kerjasama strategik MAINPP dalam merealisasikan pembangunan ini, merangkumi cadangan pembinaan 290 unit rumah mandiri di atas tanah baitulmal MAINPP seluas 10 ekar, bersebelahan Darul Hanan MAINPP, Pongsu Seribu, Kepala Batas.