Saluran Wakaf MAINPP
Wakaf Am
Saluran ini merupakan sumbangan untuk pembangunan dan pengurusan wakaf secara umum. Dana disalurkan bagi melaksanakan pelbagai projek bermanfaat mengikut keperluan semasa umat Islam, sama ada berbentuk pembangunan infrastruktur, bantuan masyarakat atau aktiviti kebajikan.
Untuk Menyertai Wakaf Am boleh Scan QR CODE di bawah

Wakaf As-Siyanah
Saluran ini memberi fokus kepada penyelenggaraan, baik pulih dan pemuliharaan aset wakaf. Tujuannya adalah untuk memastikan aset wakaf terus terpelihara, berfungsi dengan baik dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.
Untuk Menyertai Wakaf As-Siyanah boleh Scan QR CODE di bawah

Wakaf Al-Quran
Saluran ini khusus bagi membiayai percetakan, pembelian serta pengagihan Al-Quran untuk diagihkan kepada institusi pendidikan Islam, masjid, surau serta komuniti yang memerlukan bagi memperluaskan syiar Islam melalui kalamullah.
Untuk Menyertai Wakaf Al-Quran boleh Scan QR CODE di bawah

Wakaf Pengajian Tinggi KITAB
Saluran ini menyokong Institut Pengajian Tinggi milik penuh MAINPP iaitu Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Dana & manfaat saluran ini digunakan bagi memperkukuh kemudahan pembelajaran moden serta menyokong pembangunan akademik demi melahirkan generasi ilmuwan Islam yang berdaya saing.
Untuk Menyertai Wakaf Am boleh Scan QR CODE di bawah

Wakaf Strategik USM
Saluran ini diwujudkan melalui kerjasama strategik dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pembangunan pendidikan berasaskan wakaf. Manfaat dana ini disalurkan untuk kebajikan warga kerja USM serta mahasiswa dan mahasiswi USM yang memerlukan, sekaligus memperkukuh peranan wakaf dalam pembangunan akademik dan kebajikan universiti.
Untuk Menyertai Wakaf Strategik USM boleh Scan QR CODE di bawah

Tabung Wakaf Pendidikan Pulau Pinang
Saluran ini menumpukan kepada bantuan pelajar dan institusi pendidikan Islam di Pulau Pinang. Manfaat dana ini juga digunakan untuk membangunkan prasarana pendidikan agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif.
Untuk Menyertai Tabung Wakaf Pendidikan Pulau Pinang boleh Scan QR CODE di bawah

Wakaf Kesihatan
Saluran ini bertujuan menyokong pembangunan kemudahan kesihatan, penyediaan rawatan kepada pesakit serta bantuan perubatan khusus untuk golongan yang kurang berkemampuan.
Untuk Menyertai Wakaf Kesihatan boleh Scan QR CODE di bawah

Wakaf Perpustakaan Hajah Gayah
Saluran ini berlokasi di Tanjong Tokong, terhasil daripada dua unit rumah yang diwakafkan. Perpustakaan wakaf ini diuruskan secara bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang (PPANPP) sebagai pusat ilmu untuk masyarakat, meneruskan legasi pewakaf dalam memperkasa budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
Untuk Menyertai Wakaf Perpustakaan Hajah Gayah boleh Scan QR CODE di bawah

Infak Penapis Air & Udara
Saluran ini menyediakan penapis air dan udara di masjid, sekolah serta institusi Islam. Tujuannya adalah untuk memastikan keselesaan dan kesihatan jemaah serta pelajar.
Untuk Menyertai Infak Penapis Air & Udara boleh Scan QR CODE di bawah

Infak Khadamat Wakaf
Saluran ini menyokong pelbagai bentuk khidmat pengurusan wakaf termasuk penyediaan kemudahan asas, sokongan logistik serta operasi. Saluran ini penting bagi memastikan kelestarian manfaat wakaf dapat diteruskan secara berkesan.
Untuk Menyertai Infak Khadamat Wakaf boleh Scan QR CODE di bawah

Wakaf Madrasah Al-Quran Lebuh Acheh
Madrasah Al-Quran Lebuh Acheh yang ditubuhkan pada tahun 1916 bersebelahan Masjid Melayu Lebuh Acheh, adalah tapak awal pendidikan Islam di Pulau Pinang dan perintis kepada Sekolah Agama Al-Mashoor. Kini, melalui inisiatif Wakaf MAINPP, madrasah ini bakal di bngunkan semula. Ayuh bersama merealisasikan usaha ini dengan menyumbang wakaf tunai
Untuk Menyertai Wakaf ini boleh Scan QR CODE di bawah
