• Media Sosial Kami
  • No. Syarikat - MyCoID- 1175472 M
  • admin@wakafpenang.com.my
  • Utama
  • Info Wakaf MAINPP
    • Mengenai Kami
    • Organisasi
      • Lembaga Pengarah Wakaf MAINPP
      • Pengurusan Wakaf MAINPP
  • Pembangunan
    • Pembangunan Wakaf
    • Senarai Aset
  • Perkhidmatan
    • Permohonan Atas Talian
      • Borang Sewa Premis Kediaman Wakaf
    • Dana Wakaf Tunai
      • Semakan Penyata Wakaf Tunai Potongan Gaji
        • Individu
        • Majikan
    • Muat Turun Borang
    • Wakaf Barang Kemas
    • Wakaf Potongan Gaji Bulanan
    • Wakaf Khas
  • Kaedah Wakaf
  • Jejak Wakaf
    • Ikatan Amanah Wakaf Setee Aisah
    • Wakaf Seetee Aisah
    • Wakaf Masjid Melayu Lebuh Acheh
  • RTM Klik
Hubungi kami
  • By: admin
  • Comments (0)
  • Jul 14
TUN Ahmad Fuzi menandatangani plak peletakan batu asas pembangunan projek wakaf. FOTO Ihsan WPP.
TUN Ahmad Fuzi menandatangani plak peletakan batu asas pembangunan projek wakaf. FOTO Ihsan WPP.

 

Balik Pulau: Wakaf Pulau Pinang (WPP) yang juga agensi milik penuh (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bakal melaksana Projek Pembangunan Fasa 2 yang dikenali sebagai ‘Perumahan Wakaf Mutiaraku’ membabitkan pangsapuri jenis rumah mampu milik di Lot 247 Jalan Sungai Nipah, Pulau Betong di sini.

Pembinaan pangsapuri yang merangkumi 1,088 unit rumah dan 74 lot komersial serta kemudahan lain itu dijangka bermula pada Julai 2023 dengan anggaran masa selama 36 bulan untuk disiapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif WPP Rosidi Hussain berkata, projek hasil kerjasama pintar WPP bersama Rekabina Jaya Sdn Bhd itu membabitkan kos berjumlah RM426 juta dan menjadi kesinambungan daripada kejayaan pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Mashoor Fasa 1.

Ia menjadikan keseluruhan pembangunan Wakaf Al-Mashoor sebagai teras model pembangunan hartanah wakaf di negeri Pulau Pinang yang meliputi semua aspek termasuk pendidikan, perumahan dan komersial bagi membentuk bandar berdaya huni dengan penerapan nilai lestari.

“Ia juga akan beri pulangan jangka panjang berterusan kepada MAINPP seperti pembinaan dewan pelbagai guna, astaka, kemudahan bagi Kompleks Sukan dan Rekreasi Al-Mashoor dan lain-lain.

“Turut dibina ialah padang futsal, dewan makan atau kafetaria, naik taraf surau atau Pusat Islam dan 10 unit pangsapuri seluas 78.9 meter persegi (850 kaki persegi) yang disumbang kepada pihak MAINPP,” katanya di Majlis Peletakan Batu Asas Pembangunan Wakaf Al-Mashoor Al-Islami Fasa 2 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Rosidi berkata, inisiatif pembangunan projek Wakaf Al-Mashoor Al-Islami Fasa 2 itu kelak turut fokus kepada pertumbuhan ekonomi, kebajikan komuniti setempat selain mewujudkan peluang pekerjaan serta menarik pelaburan baharu menerusi projek kerjasama pintar yang dilaksanakan.

“Pembangunan projek itu bakal memberi pulangan hasil dan impak yang besar terhadap kemajuan negara serta ekonomi umat Islam secara khususnya menerusi penyediaan infrastruktur perumahan lebih terancang dan kondusif terutama bagi golongan B40 dan M40 serta eksekutif muda berkelayakan di Pulau Pinang.

“Langkah ini dapat membantu kerajaan negeri dalam mencapai sasaran penyediaan sebanyak 220,000 unit rumah mampu milik mengikut inisiatif strategik kerajaan negeri dalam menangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan di negeri ini,” katanya lagi.

Upacara peletakan batu asas yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Disiarkan pada: Disember 22, 2022 @ 6:52pm
 
sumber. : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/918265/perumahan-wakaf-mutiaraku-jadi-model-pembangunan-hartanah-pulau-pinang
Share:

Search

Categories

  • Aktiviti
  • Annual
  • Food For Poverty
  • Helping Poor
  • Kaunter Dana Wakaf
  • Khutbah Jumaat
  • Medical Campaign
  • No-Frontpage
  • Pure & Clean Water
  • Tender/Sebutharga
  • Terkini
  • Video & Keratan Akhbar
  • Water Problem

Recent Posts

24 Jul 2025

12 Jul 2025

27 Jun 2025

Tags

Charity Donations Help Non Profit People Poor Poor People

Amalan wakaf memainkan peranan penting dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara. Dalam rangka pembangunan ekonomi umat, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif bagi membangunkan dan memajukan institusi wakaf.

pautan pantas

  • Darul Hanan Pulau Pinang
  • Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
  • Majlis Agama Islam Pulau Pinang
  • MyWakaf
  • Yayasan Wakaf Malaysia
  • Zakat Pulau Pinang

Kaedah Wakaf

  • Billplz
  • Tulus Digital
  • QR Pay
  • QR Pay WPTK
  • JomPAY
  • InfaqPAY

alamat

  • No. 2 & 4 Kampung Kaka, 10200 Georgetown, Pulau Pinang.
  • +604-2519917 / 2519720
  • admin@wakafpenang.com.my
  • Isnin – Jumaat 8.00 pg - 5.00 ptg
Pengenalan WPP

© Wakaf Pulau Pinang, 2024. All Rights Reserved.