Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditubuhkan menurut kuasa Seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959 (Pindaan 2004) bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam. Pentadbiran wakaf sebelum wujudnya MAINPP ditadbir oleh Hindu And Muslim Endowment Board 1901 manakala MAINPP hanya mewujudkan bahagian-bahagian secara khusus bagi mengawal selia hal ehwal pentadbiran pada akhir tahun 80-an.
Wakaf Pulau Pinang mempunyai aset yang cukup besar dan banyak. Ini terbukti melalui hartanah yang berpotensi untuk dibangunkan sebanyak 254,157 ekar tanah wakaf. Cadangan kepada pembangunan strategik turut dikemukan dalam Pelan Pembangunan Strategik Fasa 1 yang mengambil masa selama 10 tahun.
Membangunkan Sebuah Organisasi Pengurusan Wakaf Terunggul Dalam Menunaikan Amanah Ummah Melalui Pemerkasaan Instrumen Wakaf.
Mengurus Harta Wakaf Dengan Efisen Melalui Urus Tadbir Berintegriti Dan Berhemah Demi Masa Depan Ummah.
“Menjana Ekonomi Ummah Menerusi Pembangunan Harta Wakaf”