Memberi pilihan dan kemudahan kepada kakitangan awam atau swasta untuk membuat pembayaran dana wakaf melalui potongan gaji serendah RM 5 sebulan;
Mengumpulkan dana bagi melaksanakan projek atau program yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Pulau Pinang; dan
Mendidik masyarakat membudayakan amalan sedekah berdasarkan konsep wakaf yang menjadi satu tuntutan dalam ajaran Islam.
Prosedur Penyertaan
Kakitangan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun, Dan Syarikat Swasta
Penyertaan Dana Wakaf Tunai melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM 5.00) dan tiada had maksimum ditetapkan;
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Potongan Gaji Bulanan yang disediakan oleh Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd;
Borang tersebutmengandungi tiga (3) keping kertas karbon yang berwarna putih, merah jambu dan kuning;
Borang berwarna putih untuk salinan pihak WPPSB, warna merah jambu untuk salinan majikan dan borang berwarna kuning perlu disimpan oleh pihak pemohon;
Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula Borang Kebenaran Potongan Gaji Bulanandan tandakan serta berikan jumlah semasa di ruangan ditambah/kurang;
Pemohon yang ingin membatalkan potongan gaji dikehendaki memaklumkan kepada pihak majikan dan WPPSB; dan
Resit potongan gaji akan dikeluarkan pada awal tahun berikutnya mengikut jumlah keseluruhan yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Wakaf WPPSB oleh pihak majikan.