Wakaf Pulau Pinang telah membuka kaunter dana wakaf di Masjid Ridwaniah, Sg Batu, Teluk Kumbar pada pukul 12 tgh hingga 3 ptg semasa waktu solat Jumaat. Alhamdulillah sambutan yang sangat menggalakkan daripada jemaah masjid. Ramai yang berminat untuk berwakaf pada hari Jumaat yang mulia ini. Semoga amalan pewakaf diterima Allah. Dana Wakaf Pulau Pinang menerima wakaf tunai serendah RM 5 melalui potongan gaji bulanan, melalui JomPay (biller code: 81679) dan SnapNPay. Marilah beramai-ramai mengumpul pahala dengan berwakaf.