
Wakaf MAINPP mempelawa individu berkelayakan yang berintegriti, berdaya saing dan berinovasi untuk bersama-sama agensi MAINPP bagi menjayakan agenda pembangunan Islam Pulau Pinang dengan mengisi kekosongan
Kelayakan / Pengalaman :
- Sekurang-kurangnya lima ( 5 ) tahun pengalaman dalam peringkat pengurusan / pengurusan atasan ; DAN
- Berkelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) di dalam bidang berkaitan dan/atau kelulusan peringkat Sarjana ; DAN
- Berpengalaman merancang dan membangunkan organisasi korporatserta mengawal selia operasi syarikat ; DAN / ATAU
- Mempunyai pengalaman di dalam bidang pembangunan hartanahdan pengurusan aset serta pengurusan dana awam.
Spesifikasi Tugas & Tanggungjawab :
- Menyelia, mentadbir dan menyelaras aktiviti-aktiviti operasi utama syarikat selaras dengan visi, misi dan objektif MAINPP.
- Menyelia dan memantau gerak kerja Pengurusan Aset, kerja Penyelidikan & Pelaburan Sosial dan gerak kerja Pemasaran Dana Wakaf di Wakaf MAINPP
- Menyelia dan memantau penyediaan dan perancangan pelan strategik organisasi syarikat jangka panjang dan jangka pendek, mengambilkira aspek pendedahan kepada pembolehubah dan risiko.
- Menyelia dan memantau keseluruhan rancangan pembangunan dan belanjawan syarikat bagi mencapai sasaran KPI dan pencapaian kewangan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan KPE Wakaf MAINPP.
- Menaikkan nama Wakaf MAINPP dengan mempelbagai produkproduk Wakaf bagi mencapai sasaran syarikat dan MAINPP.
- Memastikan aspek integriti dan kepatuhan kepada peruntukan muamalah Islam, undang-undang, enakmen pentadbiran Agama Islam ,akta, dan garispanduan dipatuhi setiap masa dalam setiap aspek operasi syarikat.
- Bertanggungjawab bagi pelaporan bahagian kepada Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan Lembaga Pengarah Wakaf MAINPP.
- Lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa oleh KPE dan Lembaga Pengarah Wakaf MAINPP.
Calon yang berminat boleh menghantar permohonan beserta resume/curriculum vitae(CV) , salinan sijil berkaitan (yang telah disahkan) ,salinan kad pengenalan bersama sekeping gambar berukuran pasportterkini ke alamat :
BAHAGIAN PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA,
WAKAF MAINPP
NO. 2&4 , KAMPUNG KAKA,
10200 GEORGETOWN, PULAU PINANG
ATAU
MELALUI EMAIL KE :
admin@wakafpenang.com.my
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:
04-2519917 / 9720 (pejabat)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
15 APRIL 2025